Wednesday, July 10, 2013

Hati.....



Dah lama tak luahkan rasa hati ni. Nak luahkan kat mak, nanti menganggu pulak. Nak luahkan kat sahabat, dulu mungkin ada bahu yang sentiasa menanti tapi bukan sekarang lagi. Jadi pada sapa perlu diluahkan rasa hati selain pendam dan terus pendam!!!

Jujur cakap, sekarang ni terasa amat-amat letih. Dah bertahun tak pernah merasa sakitnya macam ni. Dulu memang ida kuat sebab tu lah ida boleh tepis segala rasa yang datang tapi bila tembok 2 berjaya dipecahkan, kenapa akhirnya rasa sakit jugak yang dapat??? Ida bagi kepercayaan kat kamu untuk jaga sebaiknya tapi kenapa kamu tetap sama macam orang lain disekeliling ida? Ida ingatkan kamu lain daripada mereka yang lain tapi hakikatnya sekarang, kamu tetap sam. Kamu tak pernah nak menghargai apa yang kamu dapat. Kamu tak pernah nak jaga hak kamu sebaiknya dan letakkn di tempat yang sepatutnya. Apa yang kamu tahu hanya sakitkan, sakitkan dan terus sakitkan. Selagi saya boleh bertahan, saya bertahan tapi sampai bila??? Sampai hati saya awak cincang lumat baru awak kan puas hati? Macam 2 ke?

Saya tak tahu apa sebenarnya awak nak dari saya. Kalau cuma sekadar untuk balas dendam sebab perkara dulu, yea silakan dan tahniah jugak saya ucapkan sebab awak dah berjaya pon balas dendam. Awak dah berjaya buat saya sakit, berjaya bodohkan saya dan semuanya lah,

Awak selalu cakap saya ni suka cakap tanpa pikir semuanya dahulu tapi ada awak pernah fikir yang awak pon sama jugak. Ada awak fikir yang perbuatan awak 2 akan sakitkan saya. Macam ni gaya nk bagi semangat kat saya? Ni bukan semangat tapi ni menjatuhkan saya. 

Kalau awak baca apa yg saya tulis ni, cuba lah untuk sekali letak diri awak kat tempat saya. Baru awak tahu sakitnya apa saya rasa bila kita percaya kat seseorang tu tapi akhirnya dibalas dengan tuba. Sakitnya bila kita jaga seseorang dan letak dia ditempat yang selayaknya tapi akhirnya apa yang kita dapat hanya sakit yang teramat. Saya dah makin tak mampu bertahan. Saya dah letih teramat. Saya mengalah dengan semuanya.

Saya tak mengharapkan p]apa2 tapi hargailah saya dan letak saya ditempat sepatutnya macam saya buat kat awak. Kalau ini pon awak tak mampu, saya tak yakin awak akan berjaya jadi ketua keluarga yang baik. Saya pernah cakap, awak dan abg2 o adik2 dalam family kita sbg bagus sebagai seorang kawan, adik dan abang tapi bila awak dengan mereka, kamu2 semua sgt tidak bagus. Saya dah letih wak. Teramat LETIH.
Thanks utk semuanya.

Wahai hati, moga engkau tabah setabahnya. Jangan pernah mengalah. Kalau benar mereka nak seksa engkau, mohon sangat2 agar kuat kerana engkau paling kuat antara semua yang ada. Wahai mata, berhentilah menangis untuk orang yang tak pernah menghargai engkau dan tak pernah menghargai air mata seorang perempuan yang telah disakitkan.


p/s: setiap perkataan yg ditaip sama laju dgn air mata yg mengalir...sakitnya ya Allah hanya Engkau yang mengetahui