Mula2 skali ida nk minta maaf sebab agak lama ida x update. Bukan apa, ida agak bizi sket dengan presentation tesis ida + ulang alik balik kampung. Sekarang neh jer kurang sket bizi tapi kena stadi plak tok bab2 dalam tesis ida...heeee (act., agak bohsan + penat da stadi...otak pon ting tong da =_=) Ok cukup mukadimah ala2 nak tulis karangan kn.
Tidur. Semua orang tahu tidur dan semua orang suka tidur kan.
Ada ke orang yang x suka tidur yea?? Kalo ada 2, wah hebat lah dia sebab ida
sangat suka tidur...hoho. Tidur penting utk semua kehidupan di muka bumi ni dan
kalo dapat tidur yang lena, bole kata memang 1 kenikmatan lah kn. Panjang masa tidur bagi orang dewasa antara 7-8 jam sehari. Tapi, adakalanya, susah nak dapatkan tido yang lena esp. utk orang yg bekerjaya dan pelajar2. Ida pon x terkecuali kalo datang musim susah tido, memang payah la nak tido. Jadi, ida nak kongsi sket tips untuk dapatkan tidur yang lena ^_^.
1) Tilam dan bantal
Tilam dan bantal yang sesuai dan selesa bole mempengaruhi tidur seseorang. Kalo selesa pada badan dan kepala kita, mesti bole tido lena sebab kita rasa nyaman bila baring kan. Sesetengah orang suka bantal dan tilam jenis span (betol ke eh) tapi ada jugak orang yang suka jenis kekabu. Besh bila guna jenis kekabu neh sebab rasa selesa lah n bantal ida pon jenis kekabu jugak..hoho. Bagi orang yang ada bantal bucuk, bantal 2 mesti wajib ada waktu tido kn. Kalo x, mesti rasa x lengkap jer nk tido. Orang yang ada bantal bucuk neh jer yg paham keadaan 2. (ida pon ada bantal bucuk n bantal ida 2 seumur ida tau...syg sgt bantal 2...heee)
2) Elak tidur waktu petang
Seboleh-bolehnya elakkan tidur waktu petang walopun badan penat + lesu + letih sebabnya bila kita tido waktu petang neh, mesti susah nak tido waktu malam. Lagi pon, tido petang memang dilarang kerana akan mewarisi penyakit kebengkakkan, malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat.
3) Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Seeloknya elakkan makan makanan yang berat 1 jam sebelum tido supaya perut tidak menjadi sebu + senak kerana kesukaran proses penghadaman. Keadaan ini akan menyebabkan sukar untuk tidur lena dan mengakibatkan kelesuan esok pagi. Sebolehnya makan malam sekitar jam 7-8.
4) Minum segelas susu segar
Susu bukan saja penting untuk kesihatan tapi dapat membantu tido menjadi lebih lena. Ini kerana, bila kita minum susu, secara tidak langsung akan membuatkan badan + minda terasa ringan dan diri menjadi lebih gembira untuk melelapkan mata. Jadi, pengambilan susu amat penting dalam kehidupan seharian, bukan hanya waktu malam tapi juga siang. (Ida sangat2 suka dengan susu n wajib minum. Kalo minuman 2 xda susu, ida mmg x minum...heeee).
5) Bersihkan diri
Sebolehnya, sebelum tido, pastikan diri kita dalam keadaan bersih (dah mandi). Ini kerana, bila badan segar, mudah untuk kita tido lena sebab x ada benda yang merimaskan keadaan badan.
6) Kosongkan fikiran
Kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah di tempat kerja/pembelajaran tidak dapat mengelak dari keserabutan fikiran dan akan menganggu tido. Jadi, untuk mendapat tido yang lena, kosongkan fikiran seterusnya fikirkan perkara yang mengembirakan Pasti dapat tido lena.
Harapnya, lepas ni sapa2 yang x bole tido lena, bila ikut tips2 neh, bole lah tido lena kan. Ida pon kena ikut jugak kalo tiba musim x bole tido...hehe. Jadi, pasneh jom kita sama2 menikmati tido yg lena ^_^
p/s : sedang muhasabah diri krna letih dgn keadaan sekeliling + orang yg bermuka2 ^_^