Alhamdulillah, setiap kali ramadhan, banyak kenangan yang muncul dalam fikiran ida. Kenangan yang bercampur-campur. Ada gembira dan ada sedih. Normal lah semua ni kan. Kalo tak, tak namanyer kehidupan..hehe.
Sebenarnya, ida nak kongsi cerita ni 5 ramadhan lepas tapi ida nak gabungkan dengan cerita 9 ramadhan. Tapi, ida tak kuat nak ceritakan sebab ida masih teringat lagi sampai sekarang. Jadi, sampailah hari ni baru ida sempat nak coretkan kisah dua hari dalam bulan ramadhan yang bagi kenangan kat ida.
1st skali, thanks tok yg ucap hepi besday kat ida esp. parents ida. Ida lahir 5 ramadhan (tahun lupa plak). Susah payah ooo mak ida sebab sebulan bulan puasa 2 mak tak dpt puasa. Suka tau sebab selalunya orang akan ingat besday kita yg bese2 2 kan tapi yang neh besday dlm tahun islam. Pas2, kawan2 yg rapat pon ada wish jugak. Suka ooo sebab orang2 len neh ingat dua2 tarikh besday sebab bukan senang nak ingat. Ida pon bukan ingat sangat (mengaku neh).
Citer yang ida nak kongsi neh pasal arwah nenek ida. Nenek ida meninggal 9 ramadhan 5 tahun lepas sebab sakit tua. Seyes memang sangat2 sedih sebab arwak nenek sangat baik. Rumah arwah nenek selang 3 buah rumah jer dari rumah ida dan masa awal2 nenek meninggal, memang terasa sangat sebab selalunya tiap2 petang, mesti pegi rumah nenek lepak2..hehe.
Apa yang ida nak kongsikan ni dari sepupu2 ida sebab dorang tinggal jauh. Ida dah kat kampung sebab mak memang dah cakap awal2 yang nenek tak berapa sihat dan makin uzur. Kalo nak ikutkan terkilan, memang ada rasa macam 2 tapi sapa kita nak menolak takdir Allah kan. Jom baca kenangan kami bersama. Apa yang pasti kami semua tetap rindu pada arwah. :)
"5 tahun lepas, 9 ramadhan - masa tu saya di putrajaya. Dapat panggilan dari kampung yang nenek sakit tenat. Masih segar dalam ingatan, masa tu saya berhubungan dengan sepupu yang kebetulan ada kat puchong supaya boleh balik kampung skali dengan acu dari sungai buloh. Masih segar dalam ingatan, sepupu saya ni tak tahu jalan dari puchong ke putrajaya, jadi saya naik moto dan tunggu di penghujung lebuhraya damansara-puchong dan terus ke putrajaya, parking moto dan tumpang keretanya ke sungai buloh.
Masih segar dalam ingatan, acu sekeluarga sudah siap menunggu dan sampai jer saya, kami terus bergerak. Hari sudah petang, sempatkah lagi berjumpa nenek selagi hayatnya ada?? Masih segar dalam ingatan, kami semua berbuka puasa di simpang pulai dan mak telefon dalam tangisan namun tiada jawapan.
Ketika menerima panggilan seterusnya, nenek sudah tiada. Pada waktu tu, kami masih belum melalui terowong lagi. Kami sampai kampung malam dan keadaan hening, Jenazah nenek jelas kelihatan sekujurnya. Tokwan (arwah) bagitau yang nenek meninggal selepas masuk waktu maghrib. Tokwan yang memang setiap hari memangkah hari kat kalender menulis waktu pemergian nenek. Itulah catatan terakhirnya di kalender sebab tokwan tak tinggal kat rumah 2 lagi.
Masa kami sampai, along(mak ida) terbaring dekat dengan arwah nenek kerana terkejut dan pitam. Along tak sangka nenek pergi waktu dia pulang ke rumah sebentar kerana setiap hari dan masa along yang jagakan nenek. Masih segar dalam ingatan yang saya dan kami semua tidur di kampung, di lantai yang sama tak jauh dari jenazah nenek.
Ingat lagi, suasana pagi hari semasa menguruskan jenazah nenek. Arwah tokwan bersuara dalam tangisan "purnanya umamu bertelekung... (cantiknya emakmu pakai telekung)"."
21 rejab baru2 ni, tokwan ida pulak dah pergi tinggalkan kami semua. Arwah tokwan pon sakit tua jugak dan memang dah agak lama terlantar sakit. Sebelum ni, lepas arwah nenek tak ada, kami masih ada tokwan. Tapi tahun ni, raya dan selepasnya tak ada lagi tokwan. Yang ada cuma kenangan dengan dorang berdua jer. Yang pasti, kami semua tetap rindukan mereka dan titipkan doa untuk mereka. Amin :)
Haji Awang dan Hajjah Jatiah
p/s : kami semua tetap rindukan mereka :) Al-Fatihah.