Monday, June 11, 2012

Panduan Tidur Lena Waktu Malam




Mula2 skali ida nk minta maaf sebab agak lama ida x update. Bukan apa, ida agak bizi sket dengan presentation tesis ida + ulang alik balik kampung. Sekarang neh jer kurang sket bizi tapi kena stadi plak tok bab2 dalam tesis ida...heeee (act., agak bohsan + penat da stadi...otak pon ting tong da =_=) Ok cukup mukadimah ala2 nak tulis karangan kn.


  Tidur. Semua orang tahu tidur dan semua orang suka tidur kan. Ada ke orang yang x suka tidur yea?? Kalo ada 2, wah hebat lah dia sebab ida sangat suka tidur...hoho. Tidur penting utk semua kehidupan di muka bumi ni dan kalo dapat tidur yang lena, bole kata memang 1 kenikmatan lah kn. Panjang masa tidur bagi orang dewasa antara 7-8 jam sehari. Tapi, adakalanya, susah nak dapatkan tido yang lena esp. utk orang yg bekerjaya dan pelajar2. Ida pon x terkecuali kalo datang musim susah tido, memang payah la nak tido. Jadi, ida nak kongsi sket tips untuk dapatkan tidur yang lena ^_^.







1) Tilam dan bantal
Tilam dan bantal yang sesuai dan selesa bole mempengaruhi tidur seseorang. Kalo selesa pada badan dan kepala kita, mesti bole tido lena sebab kita rasa nyaman bila baring kan. Sesetengah orang suka bantal dan tilam jenis span (betol ke eh) tapi ada jugak orang yang suka jenis kekabu. Besh bila guna jenis kekabu neh sebab rasa selesa lah n bantal ida pon jenis kekabu jugak..hoho. Bagi orang yang ada bantal bucuk, bantal 2 mesti wajib ada waktu tido kn. Kalo x, mesti rasa x lengkap jer nk tido. Orang yang ada bantal bucuk neh jer yg paham keadaan 2. (ida pon ada bantal bucuk n bantal ida 2 seumur ida tau...syg sgt bantal 2...heee)


2) Elak tidur waktu petang
Seboleh-bolehnya elakkan tidur waktu petang walopun badan penat + lesu + letih sebabnya bila kita tido waktu petang neh, mesti susah nak tido waktu malam. Lagi pon, tido petang memang dilarang kerana akan mewarisi penyakit kebengkakkan, malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. 


3) Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Seeloknya elakkan makan makanan yang berat 1 jam sebelum tido supaya perut tidak menjadi sebu + senak kerana kesukaran proses penghadaman. Keadaan ini akan menyebabkan sukar untuk tidur lena dan mengakibatkan kelesuan esok pagi. Sebolehnya makan malam sekitar jam 7-8.


4) Minum segelas susu segar
Susu bukan saja penting untuk kesihatan tapi dapat membantu tido menjadi lebih lena. Ini kerana, bila kita minum susu, secara tidak langsung akan membuatkan badan + minda terasa ringan dan diri menjadi lebih gembira untuk melelapkan mata. Jadi, pengambilan susu amat penting dalam kehidupan seharian, bukan hanya waktu malam tapi juga siang. (Ida sangat2 suka dengan susu n wajib minum. Kalo minuman 2 xda susu, ida mmg x minum...heeee).


5) Bersihkan diri
Sebolehnya, sebelum tido, pastikan diri kita dalam keadaan bersih (dah mandi). Ini kerana, bila badan segar, mudah untuk kita tido lena sebab x ada benda yang merimaskan keadaan badan.


6) Kosongkan fikiran
Kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah di tempat kerja/pembelajaran tidak dapat mengelak dari keserabutan fikiran dan akan menganggu tido. Jadi, untuk mendapat tido yang lena, kosongkan fikiran seterusnya fikirkan perkara yang mengembirakan Pasti dapat tido lena.


Harapnya, lepas ni sapa2 yang x bole tido lena, bila ikut tips2 neh, bole lah tido lena kan. Ida pon kena ikut jugak kalo tiba musim x bole tido...hehe. Jadi, pasneh jom kita sama2 menikmati tido yg lena ^_^



p/s : sedang muhasabah diri krna letih dgn keadaan sekeliling + orang yg bermuka2 ^_^

23 budak tomeiii:

suwara entertainment said...

saya antara yg susah nak tido malam..huhuhu..kecuali klau terlalu letih, mmg awal2 dh lelap. pastu klau nak bagi senang tido, kena minum susu, pasti mudah nk lelap..hehe

IntaNBerliaN said...

akak sntiasa lena tido tp yg jd xlena kalu alisha jaga nk minum susu.. hihii

mimie.. said...

baca entry ni rase cam nak tido sekarang je hihihi

Kancil 8349 said...

entri yang baik

fardhila fawwazy blogspot said...

sy ler org pling susah nk tido..huhu

Unknown said...

ahaaaa...sy la tu...mmg sukar nk tdo lena...nk lelapkn mata pn sukar...bgs tips ni...

Dba Dealova said...

good info.tapi...Dba tak suka minum susu.hehe

wanita mutalib said...

nak cuba la nanti :)

UniMeOw said...

jgn tdo ptg adlh petua yg plg ssh uni nak ikot..haha

& mnum susu segar adlh petua yg plg uni suka...hik3..

Nyamuk Terbang said...

kiter ssh sgt nk tdur mlm..sbb dh trbiasa on9 lewat2 mlm

mrs eyza said...

owh eyza kalau tak boleh tidur suka beranga-angan sampai terlena.

nur anis said...

dulu masa belum kerja, selalu ada masalah susah tidur..tapi bila dah kerja, pantang baring..nak tidur je..

IntaNBerliaN said...

singgah ptg.. :-)

- AZIE - said...

yg akak amalkan kalo susah nk tdo..wat sit up dlm 10 kali mcm tue, rehat jap..then minum susu panas..memg berkesan , tdo nyenyak. tips ieda bg nie sgt bagus!

RamRamCute said...

sis ni pulak..rasa macam tak cukup-cukup tidur..rasa cam malas aje nak bangun..payah betul..hehehe

fieda said...

mmg best kalau dapat tido lena selena lenanya..

Riswin Zahari said...

Tido yg berkualiti mmg penting.. ^_^

LaLa mhdnor said...

kkalau tido petang memang xleh tido malam, sebab tu lala selalu tido lewat :P

Anonymous said...

chemay insomniaa.
dah try semua cara tu pun still susah nak tidur tauu.
sampai doktor kena perskrip kan ubat tidur.
:(

Kayu Manis said...

kak pula..senang nak jga dr tidur..dgr cicak kentut pun kak boleh terjaga..lps tu susah pula nak tidur..

nice info..tq

Gdsbnga said...

kite kalau dah tido petang susah sikit nak tido malam . tp klu mmg dh penat sgt , baring kejap je boleh terus ttdo . hihi

Nurrul Hazieqah said...

Nurrul tak bileh tidur dlm lampu terbuka !

Anonymous said...

tips yg bagus utk bdk insomnia mcm saye (=