Monday, May 21, 2012

Perkara Yang Mendatangkan Kebahagiaan


Bahagia...semua orang nak bahagia kan dalam hidup neh. Tak ada sapa pon yg x nak bahagia. Cam 2 lah jugak ida. Ida pon nak bahagia tp maybe blom sampai masa lagi kot nak bahagia ngn owg len...hahaha. Tapi, ida tetap bahagia + hepi ngan hidup neh sebab ida ada family + kawan yg betol2 supportive...alhamdulillah.

 Cute plak dah tgk pitca neh...hoho

Sekarang ida dah makin tenang + hepi + enjoy jer ngan hidup neh. Sebab banyak lagi benda yag ida x buat + capai n ida kan pastikan ida dapat buat semua 2 naty...insyaAllah ^_^  Opss, banyak plak bebel2 kn. So, ida nak kongsi ngan korg perkara2 yg mendatangkan kebahagiaan.

  Ä Buat sesuatu yg disenangi. Kalo ada halangan, cuba buat sesuatu yang mudah bagi kita untuk lakukan pada waktu lapang atau sibuk.

  Ä Ambil berat soal kesihatan sebab kesihatan itu sendiri adalah kunci kebahagiaan. Paling penting, jaga pemakanan = makan makanan yg seimbang, bersukan dan menjauhi gejala yg tidak sihat.

  Ä Ada matlamat dalam hidup sebab akan buat seseorang tu bersemangat.

  Ä Rela dan redha menerima kehidupan seadanya (pahit+manis+senang+sukar).




  Ä Beri perhatian pada kehidupan yg ada pada hari ini, tidak menyesali perkara yg telah berlalu dan tidak bersikap gelisah dalam menghadapi hari esok yg belum tentu sampai.

  Ä Dapat berfikir rasional dalam kerja dan berani membuat keputusan serta tidak menyalahkan orang lain jika keputusan yg diambil salah.

  Ä Selalu melihat orang yg berada dalam keadaan sukar agar sentiasa beringat bahawa tidak setiap masa berada di atas.

  Ä Memberi senyuman dengan wajah berseri.

  Ä Bersedia membantu orang lain agar mereka bahagia kerana kita juga akan merasai tempiasnya kebahagiaan itu.

  Ä Bijak merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai pusat kebahagiaan.

Jadi, janganlah hanya melihat kehidupan dari sudut kesusahan + kesukaran tetapi lihatlah juga dari aspek keindahannya.Tidak perlu menangis kerana sesuatu yang telah berlaku. Jangan biarkan air mata menitis kerana sesuatu yg belum tentu pasti pengakhirannya. Segala sesuatu yg sudah berlaku tidak mungkin dikembalikan semula

peristiwa masa lalu adalah mimpi
hari esok adalah harapan indah
sedangkan hari ini adalah realiti
jadi, jalanilah hari dengan gembira



p/s : lepaskan masalah yg membelenggu diri kita krna kebahagiaan setia menanti di hadapan...hanya masa dan Dia yg menentukan ^_^

25 budak tomeiii:

Tentang Kita said...

rasa bahagia bila semua insan2 di sini senyum tertawa tiada duka lara

hafiz hafizol said...

susah betol nak kecap kebahagiaan nie .. adoi.. hehehe

UniMeOw said...

kita akan bahagia bila kita merasakan diri kita bahagia...:)

sieyla alissa said...

bet0l tu. semua orang nak bahagia.takde sape pun nk hidup dia dirundung duka..m0ga ida bahagia selalu...thanks sudi singgah bl0g yg tak seberapa~heeeeee!

fieda said...

kak fieda like byk2 entry ni..

SumeSakan said...

suka entri nih...bleh memotivasikan diri di kala down...huhuhuhuh

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sentiasa bersyukur dgn apa yang terjadi dan apa yang kita ada serta sentiasa solat..pasti kita rasa bahagia walaupun bencana datang bertubi2.

mimie.. said...

insyaAllah..kebahagiaan tu sentiasa ada bersama org yang tahu bersykur sebenarnye...moga ieda selalu bahagia keyh.. ^_^

mimie.. said...

insyaAllah..kebahagiaan tu sentiasa ada bersama org yang tahu bersykur sebenarnye...moga ieda selalu bahagia keyh.. ^_^

IntaNBerliaN said...

bila org sekeliling bg sokongan dkt kita, mmg akn buat kita eppy n bersemangat kan..

LaLa mhdnor said...

smile =D

Hanim Irsyad said...

kebahagiaan kita sendiri perlu cari :)

Yumida said...

sentiasa berusaha utk menegecap nikmat bahagia tuuuu

LadyBird said...

smg terus bahagia.. redha dengan setiap pemberian Allah.. pasti bahagia.. kerana kite bersyukur sentiasa.. :D

Yumida said...

bgs tips menngecap bahagia ni sis..sy bc berulang kali...makin menambah keazaman di hati

Liza Razak said...

hidup akan bahagia bila kita selalu berfikiran positif :)

... Wafa Awla ... said...

:D semoga kita akan bahagia suatu hari nanti, Kebahagian yang sebenar-benarnya !

Muna rahimah said...

Past is past . Let we make the new one ;)

Selendang Merah said...

Kebahagian akan kita kecapi apa bila kita sabar menempuh kepahitan

Citra NaniZam said...

dan semoga kebahagiaan itu tetap menemanimu hingga akhirnya :)

saffiya_aleesya @ echa said...

moga pas ni da akan dapat capai apa yang belum capai lagi ok..doakan yang terbaik buat ida ;-)

Golden Rose said...

kebahagiaan sha is amzar....lihat telatah dia hari2 membuatkan sha gembira & bersyukur

✿ Cik Nisa ✿ said...

insyaAllah :)

Nurrul said...

Nice sharing kak ! :D
Kebahagian susah nak dicari law kita tak ada usaha nak carinya..

*Nurrul akan try guna semua tips nie.. terima kasih..

! NZ Si Panglipur Lara ! said...

setiap yang berlaku ada hikmahNya ^__^