Alhamdulillah, dah 8 hari kita berpuasa. Syukur kepadaNya sebab kita dapat peluang bernafas lagi dan dapat teruskan ibadah puasa. Setakat neh masih bertahan dengan jayanya..haha. Yang lain2 pon jangan posa yang yuk pagi2 buka periuk yea. ^_^
Okies, xnak bebel panjang2 sangat. Ida sebenarnya nak kongsi cerita pasal janji. Yea janji. Semua orang tau janji kan dan ida rasa semua orang pernah berjanji. Tak kesah dengan keluarga, pasangan, kawan-kawan tapi yang pasti pasti pernah kan.
Dari kecil kita diajar berjanji. Dari zaman masih budak2 yang tak tahu apa-apa, masuk tadika sampai zaman universiti atau kolej. Lepas 2, ambung dengan zaman kerja seterusnya berkahwin dan bekeluarga. Setiap masa kita diajar dan belajar pasal janji. Janji yang menuntut setiap orang kotakan.
Zaman kanak-kanak, janji macam ni :
Ä "bila besar nanti, kakak nak kerja bagus2. nak tolong mak ayah. kakak janji kakak belajar rajin2"
Ä "aku janji yang kita akan tetap jadi kawan sampai bila-bila"
Zaman ada pasangan, janji macam ni :
Ä "abang janji abang takkan tinggalkan sayang" - erk???yg ni seyes geli!!! wakakaka
Zaman kerja, janji macam ni :
Ä "ko jangan risaulah. aku janji aku takkan bagitau kat si polan 2"
Zaman nak kawen, janji mcam ni :
Ä "saya janji saya akan jaga dia macam mana pakcik makcik jaga dia"
Zaman dah kawen/bekeluarga, janji macam ni:
Ä "abang janji akan jaga keluarga kita sebaiknya"
Semua ni dialog rambang yang kita biasa dengar sekeliling kita..kat tv pon bersepah kan. Memang semua orang pandai buat janji tapi nak laksanakan belum tentu lagi. Sedangkan budak yang tak tau apa-apa pon pandai nak berjanji bagai, ni kan pulak orang-orang yg dah sememangnya tau.
Tak dapat nafi lah yang janji ni penting tapi bila orang yang buat janji 2 sendiri tak tunaikan nak buat cmner?? Pada ida memang tak jadi isu kalo seseorang 2 tak pernah berjanji tapi bila sekali dia berjanji, rasanya dia patut tunaikan. Betol tak?? Sebabnya, kawan ida zaman sekolah dolu2 ada cakap (mcm ckp besar pon ada gak) yang dia ni jenis orang yang pegang pada janji (kata-kata dia) tapi last2 dia sendiri tak pernah tunaikan janji yang dia buat.
Hakikatnya, jangan pandai berjanji kalo rasa diri 2 tak mampu nak tunaikan. Jangan pikir masa buat 2 ajer tapi pikir masa depan sebab bila sekali orang 2 tak tunaikan janji, rasanya susah dah kot nak dipercayai. Kalo langgar janji atas sebab yang sangat2 logik tak aper lah jugak tapi kalo saja2 tak ingat, lupa perkawanan ke memang menempah jalan lah.
Pada yang suka berjanji tu, kalo rasa diri 2 kurang mampu nak tunaikan janji, jangan pernah janji (sila nyanyi lagu jangan pernah berubah tym neh) sebab sekali korang berjanji, dah jadi tanggungjawab korang tok laksanakan. Jangan cakap korang tak mampu sebab susah. Dah korang berjanji nak petik bintang lah, kait bulan lah, memang sampai kucing bertanduk pon tak kan dapat. Tapi, besenya janji ni yang logik kan macam bawak pegi jalan2 ke, tengok wayang ke. So, kompom2 lah boleh tunaikan yea dak. Cepat atau lambat tak jadi persoalan asalkan masih ingat dan mampu tunaikan.
Sapa suh sangat manis mulut dan gatal2 buat janji kan. Jadi sendiri tanggung lah. Kalo tak, sendiri mau ingat lah sebab dalam Islam menunaikan janji adalah wajib. Firman Allah SWT : "Hai orang-orang beriman, penuhilah janji-janjimu". Firman Allah SWT lagi : "Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya".
Jadi, ingatlah semua yea. Kalo nak buat janji, mohon buat janji yang logik akal sket. Jangan yang merapu meraban sebab orang yang memungkiri janji tergolong dalam golongan orang munafik. Sebelum berjanji 2, pikir sehabis mungkin. Jangan ingat janji ni senang macam petik jari jer. Bab berkata memang senang tapi nak tunaikan 2 yang parah kan. Ingat peribahasa ni lembu berpegang pada tali manusia berpegang pada janji. Jangan biar diri kita disamakan seperti seekor binatang hanya kerana tidak berjaya tunaikan janji. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang lebih baek. AMIN ^_^
p/s : tgh recall balek tkot ada lupa janji dan bulan ramadhan neh genap umur ida dlm tahun hijri...korg lahir dalam bulan apa?? ^_^